CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 2, 2011

KAD PERUBATAN YANG PALING MAMPU DIMILIKI

KENAPA TAKAFUL???

 Kenapa kita menyertai takaful?

  1. Adakah kerana kita nak dapat elaun ribuan ringgit bila masuk hospital?
  2. Atau adakah untuk tujuan pelaburan?


  
Masih ramai di luar sana yang masih tidak jelas tentang keperluan takaful. Ramai yang menyertai takaful hanya sekadar cukup syarat atau dalam kata lain ‘asalkan ada cover’. Tetapi adakah apa yg diperoleh menerusi sesebuah pelan takaful memenuhi matlamat asal pemilikan sesuatu polisi takaful.

 
Sesebuah pelan takaful berdiri di atas pelan asas iaitu manfaat kematian atau hilang upaya kekal. Sudah menjadi kelaziman setiap pelan asas didatangkan bersama dengan manfaat tambahan atau rider bagi member lebih pilihan manfaat kepada peserta. Namun begitu, setiap manfaat tambahan tidak diberikan secara percuma kerana ianya tertakluk kepada caj-caj yang tertentu. Di dalam sistem takaful, caj-caj ini dikenali sebagai caj-caj tabarru’.

 
Caj-caj tabarru ini berbeza bagi setiap manfaat tambahan yang ditawarkan. Lagi banyak manfaat tambahan yang disertakan, lagi tinggi caj-caj tabarru’ ini akan dikenakan. Kelazimannya, caj tabarru’ yang paling tinggi di kalangan caj-caj tabarru’ adalah datang dari manfaat kad kesihatan yang dijadikan sebagai rider atau manfaat tambahan.

 
Rider atau manfaat tambahan yang banyak disertakan di dalam pelan asas akan menyebabkan manfaat asas kematian atau hilang upaya kekal berkurangan dan ini sebenarnya telah melanggar matlamat asal penyertaan di dalam takaful iaitu perlindungan pendapatan atau perwarisan pendapatan kepada waris.

  
Penyertaan di dalam takaful mempunyai dua tujuan utama, iaitu :-
  1. perlindungan pendapatan
  2. perlindungan kesihatan.

 

 
Perlindungan pendapatan bermaksud perlindungan dari segi pendapatan yang akan diterima waris sekiranya pemegang polisi takaful meninggal dunia atau perlindungan dari segi pendapatan harian tau bulanan jika berlaku hilang upaya kekal. Jika berlaku hilang upaya kekal, berkemungkinan besar seseorang tidak lagi mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan untuk menjana pendapatan.

 
Perlindungan pendapatan ini boleh diperoleh menerusi pelan asas takaful iaitu manfaat kematian atau hilang upaya kekal. Pastikan manfaat ini diperoleh dalam kadar yang maksima selari dengan apa yang dibayar. Sebagai contoh, jika kita membayar RM100 sebulan, pastikan kita mendapat had semaksima mungkin dar i segi manfaat asas, mungkin sehingga RM200,000.00 perlindungan. Walaubagimanapun, ini semua bergantung kepada julat umur .

 
Jika perlukan manfaat tambahan, ambillah sekadar keperluan. Manfaat seperti perlindungan 36 penyakit kritikal adalah satu keperluan bagi menampung kos-kos perubatan yang semakin meningkat. Jika perlukan elaun hospital, ambillah sekadar yang perlu kerana caj-caj tabarru untuk manfaat ini adalah mahal dan boleh member kesan kepada manfaat pelan asas.

 
Perlindungan kesihatan pula diperoleh dari pelan kad perubatan. Kad perubatan boleh diambil sama ada sebagai rider atau manfaat tambahan atau di ambil berasingan. Kad perubatan boleh membantu untuk menyelesaikan bil-bil perubatan yang mahal. Adalah disarankan kad perubatan ini diambil secara berasingan kerana jika disertakan sebagai rider kepada polisi asas, ia akan mengurangkan nilai perlindungan asas kematian dan hilang upaya kekal. Adalah dinasihatkan mengambil pelan kad perubatan berasingan bagi tidak menganggu pelan asas kematian dan hilang upaya kekal. MAA Takaful menawarkan kad kesihatan yang boleh dimiliki secara berasingan dari pelan asas kematian dan hilang upaya kekal.

Monday, August 23, 2010

Kematian mendadak....apa yang akan terjadi kepada yang ditinggalkan

Penulisan coretan peribadi atas peristiwa yang berlaku dpn mata hari ni....



dalam perjalanan ke Bangi tadi dlm pukul 2.45pm  dan seperti kebiasaan skrg - hujan akan turun pada waktu petang di area lembah klang ni....Tiba tiba berlaku kesesakan secara tiba tiba. Mesti kemalangan atau banjir kilat' ni - getus hati aku.....kereta aku bawa bergerak amat perlahan... lebih kurang selepas 10 min drive dalam keadaan jem - nampak ada 2 kon jalan di letakkan pada tengah2 jalan..... 'jalan rosak - berlubang kot - fikir ku'


bila tiba dekat je dengan kon tu - terlihat sekujur tubuh terbaring. Darah bercampur air hujang merah memenuhi jalan..... 'penunggang motosikal mati di langgar - kataku'..........


baru sahja berlaku ni - sebab mayat masih belum di alihkan. orang ramai-ramai berhenti untuk sama-sama melihat peristiwa ini.....




aku bila lihat kemalangan sebegini - perkara pertama terlintas di fikiran, adakah orang ini mempunyai pelindungan insurans / takaful? inilah yang selalu bermain sejak mula mengenali apa itu kepentingan insurans / takaful. Sebab apa soalan sebegini selalu bermain di hati? kerana sebab-sebab di bawah :-


i. Keluarga si penunggang motor tadi pasti dengan tidak disangka akan menerima satu panggilan 'keramat' dari pihak berwajib tentang kematian ketua keluarga nya! Pembawa pulang rezeki setiap bulan tiba2 hilang dari dunia ini. Bagaimana jika isterinya tidak bekerja? siapa yang akan bantu / beri / bawa pulang rezekinya setiap bulan ke rumah seperti yang beliau lakukan sebelum ini?


ii. Jika beliau ada anak - persekolahan anak2 tak sampai berapa minggu lagi? Siapa yang akan bantu keluarga itu untuk beli2 barangan persekolah anak2nya.... siapa yang akan bayar yuran awal tahun anak2, yuran bus sekolah siapa yang akan bayar nanti? atau terpaksa tunda dulu persekolahan semata-mata masalah kewangan sebab pencari nafkah sudah tiada? Siapa yang akan menanggung perbelanjaan persekolahan anak dia dari skrg - sampai anak dia ke universiti nanti?


iii. Urusan pengkebumian - adakah si mati tadi mempunyai wang untuk urusan terakhirnya sebelum beliau 'tiada' dari dunia ini. Duit kain kapan, upah pengkebumian dan lain-lain - adakah di sediakan dari dulu lagi? (di saat beliau sendiri jauh dari sangka bahawa beliau akan tiada secepat ini dan dalam keadaan sebegini).


Kalau tiada- dengan siapa ahli keluarganya hendak pinjam atau adakah sesiapakah yang sudi memberi pinjam?


iv. Hutang-hutang simati (jika ada) - siapa yang akan jelaskan semua hutang2nya... adakah ada cukup wang untuk upah haji kepada si mati.. (jika si mati belum menunaikan haji)....... kalau hutang tak dapat dijelaskan - alangkah malangnya beliau - kerana hutang wajib di jelaskan. Mungkin memberi bebanan kepada ahli keluarganya untuk menyelesaikan hutangnya.....


isu-isu di atas lah yang menjadikan aku semakin yakin bahawa setiap umat islam memerlukan perlindungan insurans / takaful. tidak banyak - sedikit pun dah ok. sekurang2 dapat menyelesaikan semua hutang di dunia pun dah ok (dengan tidak menyusahkan kaum keluarga yang ditinggalkan) semata-mata menyelesaikan hutang yang dibuat oleh kita....


jadi - sekadar berpesan kepada diri sendiri dan tuan2.... ambil lah polisi insurans / takaful. kalau kewangan tak mampu utk ambil perlindungan yang besar2 - cukup lah permulaan ambil dengan jumlah yang kecil....... nak ambil dengan syarikat mana2 pun - saya tak kisah. yang paling utama - perlindungan mesti ada........



INGAT ! Insurans / Takaful yang kita ambil bukan utk diri kita sendiri sebenarnya ! Insurans / Takaful yang kita ambil ini adalah untuk - ISTERI KITA APABILA DIA SUDAH MENJADI SEORANG BALU / UNTUK ANAK-ANAK KITA APABILA MEREKA SUDAH MENJADI ANAK YATIM !






Monday, August 16, 2010

PERNAHKAH KITA BERFIKIR KEPADA MEREKA YANG PASTI KITA TINGGALKAN


Cinta Layang2

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.



Add caption
Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia
dan penuh kasih sayang

 

Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung dan binatang sepertinya
 

Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..




Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..



Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....


Hidup menjadi sepi...
 
Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluq Nya..


Manusia bagaimana?
Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...

kita manusia.......???

Apakah yang akan terjadi kepada yang ditinggalkan

Monday, August 9, 2010

MAA TAKAFUL MENANG AWARD

MAA Takafulink untuk tahun kedua berturut-turut telah terpilih sebagai :-



"THE MOST OUTSTANDING TAKAFUL PRODUCT"



di 7th Kuala Lumpur Islamic Financial Forum.

Anugerah ini telah di sampaikan oleh Tan Sri Mohd Nor Yaakop dan di terima oleh CEO MAA Takaful - Encik Salem Majid Zain.

Sesungguhnya dengan anugerah ini membuktikan bahawa produk Investment Link MAA Takaful adalah yang terbaik di pasaran.

Kami amat berbangga dengan anugerah yang di menangi MAA Takaful untuk tahun ke dua berturut-turut.






ONLY THE BEST WINS TWICE.... bravo MAA Takaful. Kita adalah yang terhebat !!!



Wednesday, August 4, 2010

BINA SIMPANAN RM500,000-00

Ibu Ibu Bapa Bapa yg berumur 30 tahun kebawah dan masih sihat tubuh badan.....anda berpeluang bina harta warisan Kecemasan setinggi RM 500 000 atau setengah juta RM dengan hanya simpanan RM 200 sebulan di MAA Takaful!!!
Harta Warisan Kecemasan ini adalah sebagai back up kewangan yang akan di bayar oleh MAA Takaful sekiranya ditakdirkan peserta meninggal dunia atau Hilang Upaya Kekal disebabkan apa jua punca...

Yang berumur lebih 30 tahun tu...kena simpan lebih lah sikit..

Banyak tak RM 500 000 ? Banyak...sama dengan gaji 10 tahun sy yg berpendapatan RM 50 000 setahun. Kalau masuk dalam ASB, rolling punya rolling...boleh guna RM 50 000 utk tempoh 17 tahun lagi....tanpa bekerja!!!

Bapa - bapa fikir...kalau esok ditakdirkan Allah hilang upaya utk bekerja..adakah bapa - bapa mewariskan apa2 harta kepada isteri dan anak - anak utk sara hidup mereka ? byk mana ada dalan KWSP? Berapa banyak boleh dapat pada isteri ? Berapa lama nak tuntut ?

  
Kadang - kadang perkara ini tidak dapat dielakkan...Bina Harta Warisan sekarang!!!

Bapa - bapa perlu sedar..komitmen kewangan bulanan sekarang banyak nak pakai duit...

- makan minum / sara hidup / susu anak
- bil api air
- hutang keta, rumah, kad kredit, personal loan
- belanja anak sekolah
- nafkah isteri / ibu bapa
- simpanan pendidikan anak
- simpanan persaraan

Andai kata gaji bapa2 tak muncul bulan berikutnya....PARAH...tak ramai yg simpan cash dalam bank..banyak simpan hutang jer..
Zaman sekarang susah nak simpan duit..

Ramai yg simpan RM 500 sebulan di bank..tapi masih tak dapat bina harta RM 500 000..tapi dengan hanya simpanan RM 200 sebulan..dan ditakdirkan bapa - bapa hilang upaya kekal...bapa2 dapat mewariskan harta RM 500 000 kepada anak dan isteri walaupun baru menyimpan tak sampai 3 tahun...

Kalau bapa2 simpan RM 1000 sebulan pun di bank, nak sampai RM 500 000 makan masa 500 bulan..atau lebih kurang 40 tahun lebih...atau munkin masa pendek skit jika simpan dalam unit trust...

tapi di MAA Takaful....dengan hanya simpan RM 200 sebulan, bapa2 dapat sediakan back up money RM 500 000 jika di takdirkan hilang upaya bekerja selamanya di sebabkan apa jua punca...!!!

Apa lagi faedah yang disediakan ?



  1. RM 2000 sebagai khairat kematian yg dibayar 24 jam jika ditakdirkan meninggal dunia
  2. RM 5000 sebagai dana sara hidup sementara jika ditakdirkan meninggal dunia
  3. RM 40 000 RM 80 000 jika sebagai dana sokongan jika disahkan mengidap salah satu dari 36 penyakit kritikal. Bayarn RM 200 sebulan akan dibayar secara percuma oleh Syarikat sehingga Polisi tamat.
  4. Selepas 20 tahun polisi, bapa2 mempunyai cash RM 38 000 ++ yg boleh digunakan utk menunaikan haji atau sebagai bonus persaraan.



Sy beritahu satu rahsia, Pakej di atas adalah teramat mahal jika diambil dalam bentuk Insurans Konvensional. Mungkin mencecah RM 500 sebulan. Tapi dengan MAA Takaful, hanya RM 200 sebulan.

Bagi bapa2 yg berumur lebih 30 tahun...anda masih boleh membina RM 500 000 dana Warisan Kecemasan tetapi komitmen simpanan bulanan akan jadi tinggi berkadaran dengan usia anda. 


Bagi bapa2 yg masih muda bawah 30 tahun..anda mungkin hanya perlu menyimpan RM 150 sebulan bagi menyediakan dana Warisan Kecemasan RM 500 000...

Yang penting adalah..usia anda..sihat tubuh badan...


Kalau dah sakit..dah berumur..maka lebih tinggi komitmen kewangan anda yg perlu disimpan!!

Sunday, April 11, 2010

13 RIDERS YANG TERDAPAT DI MAA TAKAFUL

Saturday, April 10, 2010

PERLINDUNGAN TAKAFUL UNTUK WANITA






Jika anda seorang wanita dan ingin mendapatkan takaful perlindungan terbaik untuk anda (takaful berasaskan pelaburan), MAA Takaful di bawah produk MAA Takafulink telah menyediakan produk takaful berasaskan pelaburan yang disertakan dengan riders khas untuk melindungi golongan wanita. Di bawah ini saya nyatakan serba ringkas riders yang ditawarkan kepada untuk wanita - bersama perlindungan yang diperolehi.







RIDERS 1 : (MTWI) - Maa Takaful Woman Illness



Antara faedah yang diperolehi pencarum di bawah riders ini adalah seperti berikut :-


* Pemeriksaan Kesihatan Wanita Tahunan (Ujian Darah, Pap Smear, Mammogram, Abdomen/Pelvis Ultrasound) - anda boleh claim sehingga RM100 setiap tahun untuk pemeriksaan kesihatan.
* Kanser Wanita (Breasts, Cervix Uteri, Fallopian Tube, Ovary, Uterus, Vagina/Vulva)
* Carcinoma-in-situ (Breast and Cervix Uterix)
* Systemic Lupus Erythematosus (SLE) with Lupus Nephritis
* High Grade Squamous Intraepithelial Lesion (HSIL) with Severe Dysplasia
* Fibroid
* Ovarian Cyst
* Pembedahan Reconstructive Muka Akibat Kemalangan
* Pembedahan Reconstructive Payu Dara Akibat Kemalangan
* Pembedahan Reconstructive Payu Dara Akibat Kanser
* Pembedahan Kulit Akibat Kebakaran
* Pembedahan Kulit Akibat Kanser Kulit
* Keretakan Tulang Akibat Osteoporosis
* Rheumatoid Arthritis with complication




RIDERS 2 : (MTMP) - Maa Takaful Maternity Protection



Antara faedah yang diperolehi pencarum di bawah riders ini adalah seperti berikut :-




* Elaun Kelahiran Anak (Maksima 3 kelahiran) sehingga RM500 setiap kelahiran
* Faedah Harian Kemasukan Hospital Akibat Komplikasi Kehamilan (RM200 sehari untuk maksima 7 hari)
* Kematian Ibu Akibat Kelahiran
* Komplikasi Kehamilan seperti : -


- Disseminated Intravascular Coagulation
- Ectopic Pregnancy
- Hydatidiform Mole (Molar Pregnancy)
- Still Birth Death
- Neonatal Death
- Eclampsia




* Penyakit Kongenital Bayi seperti : -


- Down's Syndrome
- Spina Bifida
- Tetralogy of Fallot
- Transposition of Great Vessels
- Atrial Septal Defect (Kecacatan pada bayi)
- Ventricular Septal Defect (Kecacatan pada bayi)












Sunday, April 4, 2010

Medical Card Takaful - CASHLESS MAA TAKAFUL -tanggung semuanya


Sila rujuk pada IMPORTANT LINK untuk senarai penuh Panel Hospital di Malaysia

MAA TAKAFUL MENANG AWARD

TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN SUAMI

Hak
Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Hak tanggungjawab Dan Peranan Suami

Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.”
Riwayat Ibnu Majah

Huraian

1. Dalam institusi perkahwinan Allah S.W.T telah mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada suami dan isteri.
2. Pemberian nafkah oleh suami terhadap keluarga merupakan satu amanah yang mesti ditunaikan di mana nafkah tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan.
3. Pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seseorang.
4. Kaum wanita tidak diwajibkan bekerja mencari nafkah. namun Islam membenarkan mereka keluar bekerja demi membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh suami. Sumbangan isteri ini merupakan satu sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.



Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Laman : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=429

Thursday, April 1, 2010

KAD PERUBATAN - UNTUK KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG SEGERA DI HOSPITAL SWASTA







KAMI MEMBANTU ANDA MERANCANG SESUATU YANG TIDAK DI RANCANG

KAMI MEMBANTU ANDA MERANCANG SESUATU YANG TIDAK DI RANCANG


Kemajuan di dalam teknologi perubatan perlu di bayar dengan harga yang tinggi. Ditambah pula dengan kos sara hidup dan pendidikan anak-anak, anda dan orang tersayang mungkin terpaksa menanggung kesempitan kewangan sekiranya tidak merancang perbelanjaan hospital.Kebenarannya, pembedahan yang tidak diduga dan tidak dapat dielakkan akan menghabiskan keseluruhan simpanan anda


Dengan Smart Medic 100, kami menawarkan anda kemasukan hospital yang di jamin dan kami akan menguruskan segala bil-bil perubatan anda setelah anda keluar dari hospital panel kami.SmartMedic 100 memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif dan berkualiti terutama sekali ketika anda amat memerlukannya.


Kelebihan SMART MEDIC 100


Pilihan Pelan dari Pelan 1 - Pelan 4 (Anda boleh pilih mengikut kemampuan anda)


KHAIRAT KEMATIAN RM 5,000 (dibayar atas kematian apa jua sebab) - produk kadkesihatan pertama seumpamanya yang menawarkan khairat kematian !!


SINGLE PRODUK - anda boleh mengambil produk Smart Medic 100 ini sahaja - tanpa perlu ambil (disertakan) dengan produk takaful lain. (memudahkan client disamping menjimatkan).


Jika anda sudah mempunyai perlindungan insurans / takaful dan bercadang hanya ingin memiliki kad hospital ini sahaja - maka Smart Medic 100 adalah jawapannya :)
  1. Kad harian bilik (room & board) yang tinggi iaitu dari RM150 sehari sehingga RM450 sehari.
  2. PEMBAHARUAN TERJAMIN - sehingga umur 80 tahun !
  3. Shurplus sharing - pembahagian keuntungan 50 : 50
  4. Panel hospital swasta TERPILIH & TERBAIK seluruh Malaysia
  5. TIADA CO-PAYMENT. SMART MEDIC 100 akan menanggung 100% pembelanjaan bil hospital
  6. Mode bayaran yang mudah - anda boleh bayar secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan !
  7. Di luluskan oleh Panel Syariah MAA Takaful