CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 2, 2011

KENAPA TAKAFUL???

 Kenapa kita menyertai takaful?

  1. Adakah kerana kita nak dapat elaun ribuan ringgit bila masuk hospital?
  2. Atau adakah untuk tujuan pelaburan?


  
Masih ramai di luar sana yang masih tidak jelas tentang keperluan takaful. Ramai yang menyertai takaful hanya sekadar cukup syarat atau dalam kata lain ‘asalkan ada cover’. Tetapi adakah apa yg diperoleh menerusi sesebuah pelan takaful memenuhi matlamat asal pemilikan sesuatu polisi takaful.

 
Sesebuah pelan takaful berdiri di atas pelan asas iaitu manfaat kematian atau hilang upaya kekal. Sudah menjadi kelaziman setiap pelan asas didatangkan bersama dengan manfaat tambahan atau rider bagi member lebih pilihan manfaat kepada peserta. Namun begitu, setiap manfaat tambahan tidak diberikan secara percuma kerana ianya tertakluk kepada caj-caj yang tertentu. Di dalam sistem takaful, caj-caj ini dikenali sebagai caj-caj tabarru’.

 
Caj-caj tabarru ini berbeza bagi setiap manfaat tambahan yang ditawarkan. Lagi banyak manfaat tambahan yang disertakan, lagi tinggi caj-caj tabarru’ ini akan dikenakan. Kelazimannya, caj tabarru’ yang paling tinggi di kalangan caj-caj tabarru’ adalah datang dari manfaat kad kesihatan yang dijadikan sebagai rider atau manfaat tambahan.

 
Rider atau manfaat tambahan yang banyak disertakan di dalam pelan asas akan menyebabkan manfaat asas kematian atau hilang upaya kekal berkurangan dan ini sebenarnya telah melanggar matlamat asal penyertaan di dalam takaful iaitu perlindungan pendapatan atau perwarisan pendapatan kepada waris.

  
Penyertaan di dalam takaful mempunyai dua tujuan utama, iaitu :-
  1. perlindungan pendapatan
  2. perlindungan kesihatan.

 

 
Perlindungan pendapatan bermaksud perlindungan dari segi pendapatan yang akan diterima waris sekiranya pemegang polisi takaful meninggal dunia atau perlindungan dari segi pendapatan harian tau bulanan jika berlaku hilang upaya kekal. Jika berlaku hilang upaya kekal, berkemungkinan besar seseorang tidak lagi mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan untuk menjana pendapatan.

 
Perlindungan pendapatan ini boleh diperoleh menerusi pelan asas takaful iaitu manfaat kematian atau hilang upaya kekal. Pastikan manfaat ini diperoleh dalam kadar yang maksima selari dengan apa yang dibayar. Sebagai contoh, jika kita membayar RM100 sebulan, pastikan kita mendapat had semaksima mungkin dar i segi manfaat asas, mungkin sehingga RM200,000.00 perlindungan. Walaubagimanapun, ini semua bergantung kepada julat umur .

 
Jika perlukan manfaat tambahan, ambillah sekadar keperluan. Manfaat seperti perlindungan 36 penyakit kritikal adalah satu keperluan bagi menampung kos-kos perubatan yang semakin meningkat. Jika perlukan elaun hospital, ambillah sekadar yang perlu kerana caj-caj tabarru untuk manfaat ini adalah mahal dan boleh member kesan kepada manfaat pelan asas.

 
Perlindungan kesihatan pula diperoleh dari pelan kad perubatan. Kad perubatan boleh diambil sama ada sebagai rider atau manfaat tambahan atau di ambil berasingan. Kad perubatan boleh membantu untuk menyelesaikan bil-bil perubatan yang mahal. Adalah disarankan kad perubatan ini diambil secara berasingan kerana jika disertakan sebagai rider kepada polisi asas, ia akan mengurangkan nilai perlindungan asas kematian dan hilang upaya kekal. Adalah dinasihatkan mengambil pelan kad perubatan berasingan bagi tidak menganggu pelan asas kematian dan hilang upaya kekal. MAA Takaful menawarkan kad kesihatan yang boleh dimiliki secara berasingan dari pelan asas kematian dan hilang upaya kekal.

0 comments:

Post a Comment