CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 23, 2010

Kematian mendadak....apa yang akan terjadi kepada yang ditinggalkan

Penulisan coretan peribadi atas peristiwa yang berlaku dpn mata hari ni....



dalam perjalanan ke Bangi tadi dlm pukul 2.45pm  dan seperti kebiasaan skrg - hujan akan turun pada waktu petang di area lembah klang ni....Tiba tiba berlaku kesesakan secara tiba tiba. Mesti kemalangan atau banjir kilat' ni - getus hati aku.....kereta aku bawa bergerak amat perlahan... lebih kurang selepas 10 min drive dalam keadaan jem - nampak ada 2 kon jalan di letakkan pada tengah2 jalan..... 'jalan rosak - berlubang kot - fikir ku'


bila tiba dekat je dengan kon tu - terlihat sekujur tubuh terbaring. Darah bercampur air hujang merah memenuhi jalan..... 'penunggang motosikal mati di langgar - kataku'..........


baru sahja berlaku ni - sebab mayat masih belum di alihkan. orang ramai-ramai berhenti untuk sama-sama melihat peristiwa ini.....




aku bila lihat kemalangan sebegini - perkara pertama terlintas di fikiran, adakah orang ini mempunyai pelindungan insurans / takaful? inilah yang selalu bermain sejak mula mengenali apa itu kepentingan insurans / takaful. Sebab apa soalan sebegini selalu bermain di hati? kerana sebab-sebab di bawah :-


i. Keluarga si penunggang motor tadi pasti dengan tidak disangka akan menerima satu panggilan 'keramat' dari pihak berwajib tentang kematian ketua keluarga nya! Pembawa pulang rezeki setiap bulan tiba2 hilang dari dunia ini. Bagaimana jika isterinya tidak bekerja? siapa yang akan bantu / beri / bawa pulang rezekinya setiap bulan ke rumah seperti yang beliau lakukan sebelum ini?


ii. Jika beliau ada anak - persekolahan anak2 tak sampai berapa minggu lagi? Siapa yang akan bantu keluarga itu untuk beli2 barangan persekolah anak2nya.... siapa yang akan bayar yuran awal tahun anak2, yuran bus sekolah siapa yang akan bayar nanti? atau terpaksa tunda dulu persekolahan semata-mata masalah kewangan sebab pencari nafkah sudah tiada? Siapa yang akan menanggung perbelanjaan persekolahan anak dia dari skrg - sampai anak dia ke universiti nanti?


iii. Urusan pengkebumian - adakah si mati tadi mempunyai wang untuk urusan terakhirnya sebelum beliau 'tiada' dari dunia ini. Duit kain kapan, upah pengkebumian dan lain-lain - adakah di sediakan dari dulu lagi? (di saat beliau sendiri jauh dari sangka bahawa beliau akan tiada secepat ini dan dalam keadaan sebegini).


Kalau tiada- dengan siapa ahli keluarganya hendak pinjam atau adakah sesiapakah yang sudi memberi pinjam?


iv. Hutang-hutang simati (jika ada) - siapa yang akan jelaskan semua hutang2nya... adakah ada cukup wang untuk upah haji kepada si mati.. (jika si mati belum menunaikan haji)....... kalau hutang tak dapat dijelaskan - alangkah malangnya beliau - kerana hutang wajib di jelaskan. Mungkin memberi bebanan kepada ahli keluarganya untuk menyelesaikan hutangnya.....


isu-isu di atas lah yang menjadikan aku semakin yakin bahawa setiap umat islam memerlukan perlindungan insurans / takaful. tidak banyak - sedikit pun dah ok. sekurang2 dapat menyelesaikan semua hutang di dunia pun dah ok (dengan tidak menyusahkan kaum keluarga yang ditinggalkan) semata-mata menyelesaikan hutang yang dibuat oleh kita....


jadi - sekadar berpesan kepada diri sendiri dan tuan2.... ambil lah polisi insurans / takaful. kalau kewangan tak mampu utk ambil perlindungan yang besar2 - cukup lah permulaan ambil dengan jumlah yang kecil....... nak ambil dengan syarikat mana2 pun - saya tak kisah. yang paling utama - perlindungan mesti ada........



INGAT ! Insurans / Takaful yang kita ambil bukan utk diri kita sendiri sebenarnya ! Insurans / Takaful yang kita ambil ini adalah untuk - ISTERI KITA APABILA DIA SUDAH MENJADI SEORANG BALU / UNTUK ANAK-ANAK KITA APABILA MEREKA SUDAH MENJADI ANAK YATIM !






Monday, August 16, 2010

PERNAHKAH KITA BERFIKIR KEPADA MEREKA YANG PASTI KITA TINGGALKAN


Cinta Layang2

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.



Add caption
Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia
dan penuh kasih sayang

 

Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung dan binatang sepertinya
 

Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..




Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..



Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....


Hidup menjadi sepi...
 
Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluq Nya..


Manusia bagaimana?
Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...

kita manusia.......???

Apakah yang akan terjadi kepada yang ditinggalkan

Monday, August 9, 2010

MAA TAKAFUL MENANG AWARD

MAA Takafulink untuk tahun kedua berturut-turut telah terpilih sebagai :-



"THE MOST OUTSTANDING TAKAFUL PRODUCT"



di 7th Kuala Lumpur Islamic Financial Forum.

Anugerah ini telah di sampaikan oleh Tan Sri Mohd Nor Yaakop dan di terima oleh CEO MAA Takaful - Encik Salem Majid Zain.

Sesungguhnya dengan anugerah ini membuktikan bahawa produk Investment Link MAA Takaful adalah yang terbaik di pasaran.

Kami amat berbangga dengan anugerah yang di menangi MAA Takaful untuk tahun ke dua berturut-turut.






ONLY THE BEST WINS TWICE.... bravo MAA Takaful. Kita adalah yang terhebat !!!



Wednesday, August 4, 2010

BINA SIMPANAN RM500,000-00

Ibu Ibu Bapa Bapa yg berumur 30 tahun kebawah dan masih sihat tubuh badan.....anda berpeluang bina harta warisan Kecemasan setinggi RM 500 000 atau setengah juta RM dengan hanya simpanan RM 200 sebulan di MAA Takaful!!!
Harta Warisan Kecemasan ini adalah sebagai back up kewangan yang akan di bayar oleh MAA Takaful sekiranya ditakdirkan peserta meninggal dunia atau Hilang Upaya Kekal disebabkan apa jua punca...

Yang berumur lebih 30 tahun tu...kena simpan lebih lah sikit..

Banyak tak RM 500 000 ? Banyak...sama dengan gaji 10 tahun sy yg berpendapatan RM 50 000 setahun. Kalau masuk dalam ASB, rolling punya rolling...boleh guna RM 50 000 utk tempoh 17 tahun lagi....tanpa bekerja!!!

Bapa - bapa fikir...kalau esok ditakdirkan Allah hilang upaya utk bekerja..adakah bapa - bapa mewariskan apa2 harta kepada isteri dan anak - anak utk sara hidup mereka ? byk mana ada dalan KWSP? Berapa banyak boleh dapat pada isteri ? Berapa lama nak tuntut ?

  
Kadang - kadang perkara ini tidak dapat dielakkan...Bina Harta Warisan sekarang!!!

Bapa - bapa perlu sedar..komitmen kewangan bulanan sekarang banyak nak pakai duit...

- makan minum / sara hidup / susu anak
- bil api air
- hutang keta, rumah, kad kredit, personal loan
- belanja anak sekolah
- nafkah isteri / ibu bapa
- simpanan pendidikan anak
- simpanan persaraan

Andai kata gaji bapa2 tak muncul bulan berikutnya....PARAH...tak ramai yg simpan cash dalam bank..banyak simpan hutang jer..
Zaman sekarang susah nak simpan duit..

Ramai yg simpan RM 500 sebulan di bank..tapi masih tak dapat bina harta RM 500 000..tapi dengan hanya simpanan RM 200 sebulan..dan ditakdirkan bapa - bapa hilang upaya kekal...bapa2 dapat mewariskan harta RM 500 000 kepada anak dan isteri walaupun baru menyimpan tak sampai 3 tahun...

Kalau bapa2 simpan RM 1000 sebulan pun di bank, nak sampai RM 500 000 makan masa 500 bulan..atau lebih kurang 40 tahun lebih...atau munkin masa pendek skit jika simpan dalam unit trust...

tapi di MAA Takaful....dengan hanya simpan RM 200 sebulan, bapa2 dapat sediakan back up money RM 500 000 jika di takdirkan hilang upaya bekerja selamanya di sebabkan apa jua punca...!!!

Apa lagi faedah yang disediakan ?



  1. RM 2000 sebagai khairat kematian yg dibayar 24 jam jika ditakdirkan meninggal dunia
  2. RM 5000 sebagai dana sara hidup sementara jika ditakdirkan meninggal dunia
  3. RM 40 000 RM 80 000 jika sebagai dana sokongan jika disahkan mengidap salah satu dari 36 penyakit kritikal. Bayarn RM 200 sebulan akan dibayar secara percuma oleh Syarikat sehingga Polisi tamat.
  4. Selepas 20 tahun polisi, bapa2 mempunyai cash RM 38 000 ++ yg boleh digunakan utk menunaikan haji atau sebagai bonus persaraan.



Sy beritahu satu rahsia, Pakej di atas adalah teramat mahal jika diambil dalam bentuk Insurans Konvensional. Mungkin mencecah RM 500 sebulan. Tapi dengan MAA Takaful, hanya RM 200 sebulan.

Bagi bapa2 yg berumur lebih 30 tahun...anda masih boleh membina RM 500 000 dana Warisan Kecemasan tetapi komitmen simpanan bulanan akan jadi tinggi berkadaran dengan usia anda. 


Bagi bapa2 yg masih muda bawah 30 tahun..anda mungkin hanya perlu menyimpan RM 150 sebulan bagi menyediakan dana Warisan Kecemasan RM 500 000...

Yang penting adalah..usia anda..sihat tubuh badan...


Kalau dah sakit..dah berumur..maka lebih tinggi komitmen kewangan anda yg perlu disimpan!!